Tarikh : 15 Mac 2010
Masa : 2.30 ptg - 6.00 ptg
Tempat : Studio Seni Visual SMKTAR
Mencantumkan styrofoam
Rekabentuk, pandangan sisi
lekatkan ke jig' di kedua2 bhg sisi dan potong lebihan menggunakan mata gergaji besi.
setelah dipotong kali pertama
gosokkan dengan kertas pasir sehingga bentuk aasas ditemui
potong "wheel arch" dan gosok hingga licin
pastikan saiz dan bentuk yang seimbang, gunakan kertas panduan atau jig untuk setiap garisan.
hasil sebelum disalutkan dengan polyester putty
kacau polyester putty dan 1cm hardener sehingga sebati...
gunakan sesudip plastik
pastikan sapuan yang rata dan licin, kalau boleh...
kalau boleh elakkan hasil sapuan seperti ini...
gosok permukaan model menggunakan kertas pasir yang kasar dahulu...
gunakan papan kecil sebagai pengalas ketika menggosok supaya permukaan mudah sekata...
Dah siap 2 buah... belum lagi...
Dapatkan polyester putty dan "hardener"nya (dalam tiub)
gunakan sesudip plastik
sapukan polyester putty yg telah digaul ke permukaan model...
sapuan lapisan yang awal memang agak sukar untuk terus rata dan licin
kikis sebarang ketulan atau bonggol sebelum menyapu lapisan ke 2...
gosok permukaan model menggunakan kertas pasir yang kasar dahulu...
gunakan papan kecil sebagai pengalas ketika menggosok supaya permukaan mudah sekata...
Hasil setelah digosok kali pertama
Sebarang kecacatan atau lubang, perlulah ditampal semula dengan polyester putty, dan proses ini berulang sehinggalah permukaan model benar-benar licin sebelum kertas pasir halus digunakan...
Berikut adalah proses mengecat...
Lapik model dengan tudung spray can supaya lebih tinggi, pastikan
tempat menyembur cat adalah di kawasan yang lapang tetapi tidak berangin kencang.
Jarakkan punca penyebur 12" dari permukaan model. Sembur cat dengan pergerakan ke kiri dan kanan 3 kali berulang setiap lapisan nipis. Biarkan setiap lapisan kering sebelum mula menyembur lapisan seterusnya.
Seeloknya menggunakan cat asas (primer) terlebih dahulu sebelum mengecat warna sebenar. Cat asas akan memastikan lapisan warna sebenar lebih sekata warnanya.
Model yang telah di cat warna pilihan
Biarkan cat mengering dengan baik, sekurang-kurangnya satu hari sebelum memulakan proses "masking" untuk mengecat warna cermin dan sebagainya.
Model yang telah siap digosok licin...
Warna merah tetap menjadi pujaan pelajar....
Pastikan tiada permukaan yang terlepas pandang ketika mengecat.
Permukaan yang benar-benar bersih dan licin menjamin kualiti permukaan cat yang akan di sembur.
Paip PVC yang tebal ini dipotong mengikut lebar tayar model kereta yang sesuai. Permukaan digosok dan disembur dengan cat silver dibahagian dalam rim terlebih dahulu.
Bahagian luar disembur dengan cat hitam. Untuk mengelakkan cat hitam mencemari cat silver di sebelah dalam, tutup lubang dengan botol poster color...
1 comment:
wau~
Post a Comment