Thursday, April 9, 2009

PERTANDINGAN POSTER ANTI DADAH 2009

Berikut ialah beberapa hasil karya Pertandingan Poster Anti Dadah tahun 2009, peringkat Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Kategori Menengah Rendah:
Komen : Muka taip dan illustrasi sederhana. Penggunaan imej picagari dan lambang tengkorak tidak dibenarkan dalam pertandingan ini.
Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan, namun penggunaan muka taip tidak menonjol atau tidak setanding illustrasi.
Komen: Konsep rekabentuk keseluruhan amat menarik, namun terdapat kelemahan yang ketara terhadap kemasan pada muka taip.

Komen: Konsep yang menonjolkan kebudayaan dan keharmonian bangsa Malaysia agak berkesan. Kekurangan adalah terhadap penggunaan muka taip yang kurang menonjol.
Peserta mungkin akan mengalami masalaah kesuntukan masa di peringkat negeri nanti kerana masa yang diperuntukkan hanyalah 3 jam 30 minit sahaja. Peserta di nasihatkan mengurangkan elemen tetapi membesarkan rekaan muka taip.


Kategori Menengah Atas:
Komen: Muka taip dan illustrasi sederhana. Penggunaan imej picagari dan lambang tengkorak tidak dibenarkan dalam pertandingan ini.

Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan, namun penggunaan muka taip tidak menonjol atau tidak setanding illustrasi.

Komen : Konsep tangan bergari memgang jeriji penjara agak menarik dan mempunyai kelainan tersendiri. Komposisi terhadap muka taip perlu digubah supaya lebih menonjol dan mempunyai penegasan

Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan,namun penggunaan muka taip yang terlalu kompleks mengurangkan prinsip penegasan dalam rekabentuk keseluruhan.

Komen : Idea menggunakan pembahagian seperti ini mungkin agak ketinggalan ,kerana rekabentuk keseluruhan poster memberi imej seperti piramid makanan ataupun poster kesihatan di klinik-klinik kerajaan. Namun kesungguhan dalam penghasilan poster ini patut dipuji dan diberikan penghargaan.
Kategori Sekolah Rendah:
Komen: Rekaan poster ini agak baik, tetapi perlu mencari kesan komposisi warna yang lebih kontra untuk mengujudkan kesan penegasan dalam poster. Peserta juga perlu menekankan aspek kemasan terhadap muka taip.

Komen: Rekaan poster ini agak baik, tetapi perlu mencari kesan komposisi warna yang lebih kontra untuk mengujudkan kesan penegasan dalam poster. Peserta juga perlu menekankan aspek kemasan terhadap muka taip. Penggunaan warna fluoresence juga tidak digalakkan dalam grafik.

Komen: Kebolehan mencatan peserta ini agak baik, tetapi kemasan garisan pen sebagai garis luar mengurangkan daya tarikannya.
Komen: Kebolehan mencatan peserta ini agak baik, tetapi perlu diperbaiki terhadap muka taip dan penggunaan warna yang kontra untuk menonjolkan kesan penegasan. Kemasan terhadap mukataip juga perlu dipertingkatkan.

Thursday, April 2, 2009

Kursus Penyeliaan Projek Mural 2009

Pihak Panitia seni Visual dan Unit LDP, akan bekerjasama menganjurkan Kursus Penyeliaan Projek Mural berasaskan kaedah kontekstual, dimana guru-guru akan diberi peluang menyelia sekumpulan pelajar untuk melukis mural di pagar sekolah. Objektif kursus ialah untuk memberi peluang kepada semua guru yang berminat kaedah penyeliaan dan penyelarasan sesebuah projek mural di samping dapat menceriakan pagar sekolah. Pelajar-pelajar pula dapat mempelajari teknik melukis mural dan kepimpinan pasukan.

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat boleh menyerahkan nama kepada En. Saiful Adli bin Harun. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 16 Mei 2009 selama satu hari iaitu dari jam 8.00 hingga 4.00 petang.

Poster Kerjaya

Pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan poster kerjaya bertemakan sains dan teknologi pemacu kemajuan negara, sila berikan nama dan dapatkan khidmat panduan dan nasihat daripada En. Saiful Adli.