Wednesday, November 26, 2008
SELAMAT BERJAYA
Kepada semua calon-calon spm, saya doakan semua agar berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Terutamanya esok 27.11.2008 adalah penentuan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam matapelajaran seni visual. Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, gunakan lah daya kreativiti dan teknik-teknik lukisan yang telah dipelajari selama ini. Tunjukkanlah hasil kerja terbaik dari anda. Terima kasih dan selamat berjaya!!
Thursday, November 20, 2008
Sambungan CONTOH JAWAPAN SENI HALUS SPM 2008
Sebelum melukis, calon-calon perlu mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk pilihan anda. Contohnya di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang sesuai untuk soalan soalan nombor 2,4, 5 dan 6. WALAU BAGAIMANAPUN, PELAJAR-PELAJAR DIINGATKAN SUPAYA TIDAK MENIRU BULAT-BULAT APA YANG DIPAPARKAN PADA BLOG INI, JADIKANNYA SEBAGAI PANDUAN TETAPI MASIH BOLEH MENAMBAH SEBARANG IDEA SENDIRI SUPAYA LEBIH HIDUP DAN KREATIF... SELAMAT MENJAWAB
Gambar-gambar contoh untuk soalan no.2..... Untuk soalan no.2 ini calon2 diingatkan supaya menambah elemen pasu bunga yang tergolek dan pecah serta sebahagian tayar basikal
Gambar contoh untuk soalan no. 6
Gambar contoh untuk soalan no. 5
Gambar contoh untuk soalan no. 5
Gambar contoh untuk soalan no. 4
Gambar contoh untuk soalan no. 4 Gambar contoh untuk soalan no. 4
Gambar contoh untuk soalan no. 4
Untuk soalan no.4 ini, sebenarnya anda tidak perlu melukis jurufoto tersebut, tetapi memadailah membuat tetingkap fokus seolah-olah kita sedang melihat sendiri melalui tetingkap fokus kamera digital anda. Tetingkap fokus boleh digambarkan menggunakan bingkai putih di sekeliling kertas lukisan anda, sepertimana yang saya gambarkan di atas atau anda boleh menambah ikon atau imejan yang biasa anda lihat ketika menggunakan kamera digital. Untuk melihat gambar dengan lebih besar... klik pada gambar.
Wednesday, November 19, 2008
CONTOH JAWAPAN SENI HALUS SPM 2008
Kepada pelajar-pelajar semua, berikut adalah contoh soalan yang sempat saya lakarkan untuk menjadi panduan anda menjawab soalan seni halus. Gambar-gambar akan dikemaskini sekiranya saya mempunyai kesempatan.
Soalan nombor 1
Soalan no.3
Pelajar digalakkan supaya melukis gambar rujukan ke atas kertas soalan yang diterima untuk kemudahan melukis semula ketika waktu peperiksaan, kerana hanya kertas soalan sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan manakala kertas atau gambar lain tidak dibenarkan... harap maklum.
Monday, November 3, 2008
Mesyuarat Pengurusan Seni Visual di Langkawi (29 Okt - 1 Nov 2008)
Dari kiri... Dr Razak (Pensyarah Muzik USM) dan Pn Susan Chow.
Dr. Razak dengan sukarela telah sudi membantu menjayakan kursus ini.
Dalam perjalanan pulang dari Langkawi, kami singgah
untuk makan petang di Alor Janggus
Friday, October 24, 2008
Pengumuman kepada calon spm 2008
Kepada semua calon spm, selepas 2 hari menerima soalan seni halus (kertas 2), lawatilah blog ini untuk melihat contoh-contoh lukisan cadangan berpandukan soalan tersebut nanti. Semoga semua murid mendapat manfaat daripada usaha yang tidak seberapa ini.
Wednesday, October 8, 2008
Pameran Seni Visual
Organisasi
- Guru Kanan Kemanusiaan : Pn. Norhayati binti Mat Shariff
- Ketua Panitia : En. Saiful Adli bin Harun
- Penolong Ketua Panitia : Pn. Fauziyah binti Junid
- Ahli Panitia : Pn. Isrihan
- Ahli Panitia : Pn. Letchymy
- Ahli Panitia : En. Chong Kong Fook
Subscribe to:
Posts (Atom)