Tuesday, September 29, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2009
Saturday, May 16, 2009
Sekitar Kursus Pengurusan dan Teknik Melukis Mural 2009
Gambar-gambar dan laporan ringkas untuk program ini ada di blog SMKTAR. Terimakasih, kepada semua yang terlibat.
Thursday, May 7, 2009
Kursus Penyeliaan Projek Mural 2009
Diatas sambutan yang amat menggalakkan oleh guru-guru untuk mengikuti kursus ini, pihak Panitia mengucapkan jutaan terimakasih. Walaubagaimanapun, senarai tersebut terpaksa dirombak semula untuk memberi laluan kepada guru-guru yang telah terlepas mana-mana LDP yang telah dijalankan atas sebab-sebab tugas rasmi seperti menghadiri mesyuarat, pengawasan peperiksaan awam, aktiviti kokurikulum dan lain-lain. Oleh itu senarai baru peserta kursus tersebut akan dipamerkan mulai minggu hadapan. Harap maklum.
Thursday, April 9, 2009
PERTANDINGAN POSTER ANTI DADAH 2009
Berikut ialah beberapa hasil karya Pertandingan Poster Anti Dadah tahun 2009, peringkat Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Kategori Menengah Rendah:
Peserta mungkin akan mengalami masalaah kesuntukan masa di peringkat negeri nanti kerana masa yang diperuntukkan hanyalah 3 jam 30 minit sahaja. Peserta di nasihatkan mengurangkan elemen tetapi membesarkan rekaan muka taip.
Kategori Menengah Atas:
Kategori Sekolah Rendah:
Thursday, April 2, 2009
Kursus Penyeliaan Projek Mural 2009
Pihak Panitia seni Visual dan Unit LDP, akan bekerjasama menganjurkan Kursus Penyeliaan Projek Mural berasaskan kaedah kontekstual, dimana guru-guru akan diberi peluang menyelia sekumpulan pelajar untuk melukis mural di pagar sekolah. Objektif kursus ialah untuk memberi peluang kepada semua guru yang berminat kaedah penyeliaan dan penyelarasan sesebuah projek mural di samping dapat menceriakan pagar sekolah. Pelajar-pelajar pula dapat mempelajari teknik melukis mural dan kepimpinan pasukan.
Guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat boleh menyerahkan nama kepada En. Saiful Adli bin Harun. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 16 Mei 2009 selama satu hari iaitu dari jam 8.00 hingga 4.00 petang.

Poster Kerjaya
Pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan poster kerjaya bertemakan sains dan teknologi pemacu kemajuan negara, sila berikan nama dan dapatkan khidmat panduan dan nasihat daripada En. Saiful Adli.
Thursday, February 5, 2009
Soalan Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2009
Untuk pelajar-pelajar yang mengambil kertas Pendidikan Seni Visual SPM 2009, anda boleh melihat soalan-soalan pilihan untuk kerja kursus menggunakan pautan di bawah:-
http://www.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/2009PendidikanSeniVisual-2611.3.pdf
Anda perlulah berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing sebelum membuat keputusan memilih mana-mana soalan yang anda minati untuk memastikan tugasan anda menepati kehendak soalan serta menerima pemantauan yang berkesan daripada guru pembimbing anda.

Thursday, January 15, 2009
Mesyuarat Panitia Seni Visual Kali Pertama 2009
Tarikh : 22.1.2009 (Khamis)
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Seni Visual (Blok F)
Diminta semua ahli panitia pendidikan seni visual hadir mesyuarat mengikut waktu yang ditetapkan.
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Seni Visual (Blok F)
Diminta semua ahli panitia pendidikan seni visual hadir mesyuarat mengikut waktu yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)