Tuesday, July 7, 2009

Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2009

Calon telah memilih 3 tajuk untuk dihasilkan iaitu Rekabentuk bekas serbaguna, arca timbulan dan basikal kanak-kanak.

Arca yang terhasil setelah dikeluarkan dari acuan plastisin.

Bahan P.O.P (Plaster of Paris) digunakan untuk menghasilkan arca ini.

Pelajar-pelajar sedang membuat persediaan acuan dan bingkai arca.

Plastisin digunakan untuk membentuk acuan penghasilan arca.

Perbincangan dan bimbingan antara rakan sebaya.

Salah sebuah hasil karya yang menarik.

Bertemakan pergerakan air yang pelbagai...

Rekabentuk basikal kanak-kanak berasaskan bentuk kuda.

rekaan asas yang belum di salutkan dengan emulsi dan polyester putty.
Rekabentuk berasaskan bentuk ikan jerung setelah disapu dengan cat emulsi.

Saturday, May 16, 2009

PERTANDINGAN KAIN RENTANG SEMPENA EKSPO KAUNSELING DAN KERJAYA PULAU PINANG 2009

PENDAFTARAN

PASUKAN SMKTAR... SITRESH, J-WEI, SIEW PING, FUNG YUNG, ROHANA DAN AISHAH

KEHANGATAN DI BAHAGIAN DALAM...

DEDIKASI

PASUKAN TERAKHIR YANG BARU TIBA

TEMPAT KE DUA?

COLORFULL

DAH HAMPIR SIAP.

Sekitar Kursus Pengurusan dan Teknik Melukis Mural 2009

Gambar-gambar dan laporan ringkas untuk program ini ada di blog SMKTAR. Terimakasih, kepada semua yang terlibat.

Thursday, May 7, 2009

Kursus Penyeliaan Projek Mural 2009


Diatas sambutan yang amat menggalakkan oleh guru-guru untuk mengikuti kursus ini, pihak Panitia mengucapkan jutaan terimakasih. Walaubagaimanapun, senarai tersebut terpaksa dirombak semula untuk memberi laluan kepada guru-guru yang telah terlepas mana-mana LDP yang telah dijalankan atas sebab-sebab tugas rasmi seperti menghadiri mesyuarat, pengawasan peperiksaan awam, aktiviti kokurikulum dan lain-lain. Oleh itu senarai baru peserta kursus tersebut akan dipamerkan mulai minggu hadapan. Harap maklum.

Thursday, April 9, 2009

PERTANDINGAN POSTER ANTI DADAH 2009

Berikut ialah beberapa hasil karya Pertandingan Poster Anti Dadah tahun 2009, peringkat Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Kategori Menengah Rendah:
Komen : Muka taip dan illustrasi sederhana. Penggunaan imej picagari dan lambang tengkorak tidak dibenarkan dalam pertandingan ini.
Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan, namun penggunaan muka taip tidak menonjol atau tidak setanding illustrasi.
Komen: Konsep rekabentuk keseluruhan amat menarik, namun terdapat kelemahan yang ketara terhadap kemasan pada muka taip.

Komen: Konsep yang menonjolkan kebudayaan dan keharmonian bangsa Malaysia agak berkesan. Kekurangan adalah terhadap penggunaan muka taip yang kurang menonjol.
Peserta mungkin akan mengalami masalaah kesuntukan masa di peringkat negeri nanti kerana masa yang diperuntukkan hanyalah 3 jam 30 minit sahaja. Peserta di nasihatkan mengurangkan elemen tetapi membesarkan rekaan muka taip.


Kategori Menengah Atas:
Komen: Muka taip dan illustrasi sederhana. Penggunaan imej picagari dan lambang tengkorak tidak dibenarkan dalam pertandingan ini.

Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan, namun penggunaan muka taip tidak menonjol atau tidak setanding illustrasi.

Komen : Konsep tangan bergari memgang jeriji penjara agak menarik dan mempunyai kelainan tersendiri. Komposisi terhadap muka taip perlu digubah supaya lebih menonjol dan mempunyai penegasan

Komen : Kemahiran dan kreativiti peserta amat terserlah dalam mencatan,namun penggunaan muka taip yang terlalu kompleks mengurangkan prinsip penegasan dalam rekabentuk keseluruhan.

Komen : Idea menggunakan pembahagian seperti ini mungkin agak ketinggalan ,kerana rekabentuk keseluruhan poster memberi imej seperti piramid makanan ataupun poster kesihatan di klinik-klinik kerajaan. Namun kesungguhan dalam penghasilan poster ini patut dipuji dan diberikan penghargaan.
Kategori Sekolah Rendah:
Komen: Rekaan poster ini agak baik, tetapi perlu mencari kesan komposisi warna yang lebih kontra untuk mengujudkan kesan penegasan dalam poster. Peserta juga perlu menekankan aspek kemasan terhadap muka taip.

Komen: Rekaan poster ini agak baik, tetapi perlu mencari kesan komposisi warna yang lebih kontra untuk mengujudkan kesan penegasan dalam poster. Peserta juga perlu menekankan aspek kemasan terhadap muka taip. Penggunaan warna fluoresence juga tidak digalakkan dalam grafik.

Komen: Kebolehan mencatan peserta ini agak baik, tetapi kemasan garisan pen sebagai garis luar mengurangkan daya tarikannya.
Komen: Kebolehan mencatan peserta ini agak baik, tetapi perlu diperbaiki terhadap muka taip dan penggunaan warna yang kontra untuk menonjolkan kesan penegasan. Kemasan terhadap mukataip juga perlu dipertingkatkan.

Thursday, April 2, 2009

Kursus Penyeliaan Projek Mural 2009

Pihak Panitia seni Visual dan Unit LDP, akan bekerjasama menganjurkan Kursus Penyeliaan Projek Mural berasaskan kaedah kontekstual, dimana guru-guru akan diberi peluang menyelia sekumpulan pelajar untuk melukis mural di pagar sekolah. Objektif kursus ialah untuk memberi peluang kepada semua guru yang berminat kaedah penyeliaan dan penyelarasan sesebuah projek mural di samping dapat menceriakan pagar sekolah. Pelajar-pelajar pula dapat mempelajari teknik melukis mural dan kepimpinan pasukan.

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat boleh menyerahkan nama kepada En. Saiful Adli bin Harun. Program ini dijangka akan dilaksanakan pada 16 Mei 2009 selama satu hari iaitu dari jam 8.00 hingga 4.00 petang.

Poster Kerjaya

Pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan poster kerjaya bertemakan sains dan teknologi pemacu kemajuan negara, sila berikan nama dan dapatkan khidmat panduan dan nasihat daripada En. Saiful Adli.

Thursday, February 5, 2009

Soalan Kajian Rekaan Seni Visual SPM 2009

Untuk pelajar-pelajar yang mengambil kertas Pendidikan Seni Visual SPM 2009, anda boleh melihat soalan-soalan pilihan untuk kerja kursus menggunakan pautan di bawah:-

http://www.moe.gov.my/lpm/files/kerjakursus/2009PendidikanSeniVisual-2611.3.pdf

Anda perlulah berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing sebelum membuat keputusan memilih mana-mana soalan yang anda minati untuk memastikan tugasan anda menepati kehendak soalan serta menerima pemantauan yang berkesan daripada guru pembimbing anda.

Thursday, January 15, 2009

Mesyuarat Panitia Seni Visual Kali Pertama 2009

Tarikh : 22.1.2009 (Khamis)
Masa : 12.30 Tengahari
Tempat : Bilik Seni Visual (Blok F)

Diminta semua ahli panitia pendidikan seni visual hadir mesyuarat mengikut waktu yang ditetapkan.