Wednesday, November 26, 2008

SELAMAT BERJAYA

Kepada semua calon-calon spm, saya doakan semua agar berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Terutamanya esok 27.11.2008 adalah penentuan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam matapelajaran seni visual. Lakukanlah dengan bersungguh-sungguh, gunakan lah daya kreativiti dan teknik-teknik lukisan yang telah dipelajari selama ini. Tunjukkanlah hasil kerja terbaik dari anda. Terima kasih dan selamat berjaya!!

Thursday, November 20, 2008

Sambungan CONTOH JAWAPAN SENI HALUS SPM 2008

Sebelum melukis, calon-calon perlu mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk pilihan anda. Contohnya di bawah ini saya paparkan beberapa gambar yang sesuai untuk soalan soalan nombor 2,4, 5 dan 6. WALAU BAGAIMANAPUN, PELAJAR-PELAJAR DIINGATKAN SUPAYA TIDAK MENIRU BULAT-BULAT APA YANG DIPAPARKAN PADA BLOG INI, JADIKANNYA SEBAGAI PANDUAN TETAPI MASIH BOLEH MENAMBAH SEBARANG IDEA SENDIRI SUPAYA LEBIH HIDUP DAN KREATIF... SELAMAT MENJAWAB
Gambar-gambar contoh untuk soalan no.2..... Untuk soalan no.2 ini calon2 diingatkan supaya menambah elemen pasu bunga yang tergolek dan pecah serta sebahagian tayar basikal

Gambar contoh untuk soalan no. 6

Gambar contoh untuk soalan no. 5

Gambar contoh untuk soalan no. 5

Gambar contoh untuk soalan no. 4
Gambar contoh untuk soalan no. 4 Gambar contoh untuk soalan no. 4
Gambar contoh untuk soalan no. 4
Untuk soalan no.4 ini, sebenarnya anda tidak perlu melukis jurufoto tersebut, tetapi memadailah membuat tetingkap fokus seolah-olah kita sedang melihat sendiri melalui tetingkap fokus kamera digital anda. Tetingkap fokus boleh digambarkan menggunakan bingkai putih di sekeliling kertas lukisan anda, sepertimana yang saya gambarkan di atas atau anda boleh menambah ikon atau imejan yang biasa anda lihat ketika menggunakan kamera digital. Untuk melihat gambar dengan lebih besar... klik pada gambar.

Wednesday, November 19, 2008

CONTOH JAWAPAN SENI HALUS SPM 2008


Kepada pelajar-pelajar semua, berikut adalah contoh soalan yang sempat saya lakarkan untuk menjadi panduan anda menjawab soalan seni halus. Gambar-gambar akan dikemaskini sekiranya saya mempunyai kesempatan.
Soalan nombor 1
Soalan no. 2
Soalan no.3
Pelajar digalakkan supaya melukis gambar rujukan ke atas kertas soalan yang diterima untuk kemudahan melukis semula ketika waktu peperiksaan, kerana hanya kertas soalan sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan manakala kertas atau gambar lain tidak dibenarkan... harap maklum.

Monday, November 3, 2008

Mesyuarat Pengurusan Seni Visual di Langkawi (29 Okt - 1 Nov 2008)

Dari kiri... Dr Razak (Pensyarah Muzik USM) dan Pn Susan Chow.

Dr. Razak dengan sukarela telah sudi membantu menjayakan kursus ini.

Dalam perjalanan pulang dari Langkawi, kami singgah

untuk makan petang di Alor Janggus

En Saiful dan Dr Razak berehat sejenak setelah menikmati juadah
yang enak itu
Sesi persembahan koir di lobi hotel

Guru-guru yang bakal menjadi jurulatih koir kelompok
menunjukkan kemahiran koir yang telah dipelajari selama 3 hari perbengkelan


Perbincangan hangat tentang penyusunan program dan aktiviti
seni visual sedang berlangsung...

semua pendapat dan cadangan dicatat dan diperhalusi untuk
menghasilkan sebuah program yang berkesan.

Kumpulan koir jurulatih menunjukkan bakat...

Majlis penutup kursus dan mesyuarat disempurnakan oleh
Pn Susan Chow, Penyelia Seni Visual dan Muzik JPN Pulau Pinang

En. Zainol tersenyum memerhati, manakala En. Saiful serius
meneruskan perbincangan bersama Pn Kooi, Pn Norhayati dan Pn Tan.